Hibah Takaful Sebagai
Pengganti Pendapatan
Keluarga Anda

Hibah takaful adalah salah satu konsep dalam takaful Islam yang penting. Ini adalah suatu bentuk sumbangan yang diberikan kepada ahli waris atau penerima manfaat dari polisi takaful apabila pemegang polisi meninggal dunia. Hibah takaful berfungsi sebagai penggantian pendapatan keluarga yang hilang akibat kematian pemegang polisi, memberikan bantuan kewangan yang penting untuk kelangsungan hidup mereka. Selain daripada Hibah Takaful, kami juga menawarkan pelan takaful lain seperti Medical Card Takaful

KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL

Kenapa Anda Perlu Ada Hibah Takaful?

RM42 Billion Harta Beku & Tak Dituntut

Apabila berlakunya kematian,semua harta & akaun si mati termasuk Simpanan Bank, Pelaburan-Pelaburan, ASB, EPF akan dibekukan bagi melalui proses wasiat atau faraid.

Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk waris/ahli keluarga mendapatkan wang dengan segera bagi meneruskan hidup sementara harta-harta yang dibekukan dapat dicairkan semula.

Hibah Takaful juga dapat bantu mengelakkan konflik & perbalahan dalam ahli keluarga disebabkan perebutan harta yang ditinggalkan. Hal ini kerana, Hibah Takaful tidak boleh dipertikai dan dicabar oleh sesiapa sahaja & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.

PERMOHONAN HIBAH eTiQa TAKAFUL

Bagaimana Jika Anda Ingin Memohon Pelan HIBAH eTiQa Takaful?

1

Isi Borang Permohonan Quotation

Isi maklumat-maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan Quotation yg disediakan. Maklumat-maklumat tersebut diperlukan untuk kami sediakan Quotation yang tepat dan sesuai dengan profil gaya hidup anda. Isi selengkapnya dan klik butang 'Bagi Saya Quotation'

2

Berhubung Secara Online Dengan Ejen Takaful

Setelah anda memohon Quotation percuma tersebut, anda akan dihubungi oleh Perunding Takaful kami dalam tempoh 24 jam. Segala pertanyaan berkenaan pelan takaful yang anda mahukan, boleh dikemukakan dan Perunding Takaful kami akan membantu anda sebaiknya.

3

Hantar Permohonan Takaful Secara Online

Setelah anda berpuas hati dengan segala penerangan yang diberikan, Perunding Takaful kami akan membantu anda untuk membuat permohonan Pelan Takaful yang anda mahukan secara atas talian. Permohonan anda akan diluluskan dalam tempoh 24jam (T&C).
© 2025 shametiqa2u. All rights reserved.